Minggu, 07 Maret 2010

Hakikat Jin

Jin merupakan makhluk halus yang boleh berubah bentuk.
'''Rujukan''':
*Sebahagian [[ulama]] menyifatkan jin sebagai :
"Dan adapun jin, maka iaitu jisim-jisim halus, sebangsa hawa, yang boleh beubah-ubah bentuk yang berlainan dan dapat nyata daripadanya perbuatan-perbuatan yang aneh"

Perkataan disebut jin kerana ''ijtinan'' iaitu tertutup dari perlihatan manusia sepertimana keadaan perasaan [[hati]] (''jinan'') pada manusia. Makhluk ini tidak boleh dilihat oleh manusia kecuali kepada orang yang mempunyai ilmu [[kasyaf]].
'''Rujukan'''
* Surah ar-rahman : ayat 15
"Dan [[Allah]] menciptakan jin dari kobaran api"
* Surah al-a'raf : ayat 27
"...sesungguhnya dia dan pengikutnya melihat kamu, dari sesuatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka..."

Mereka menjadi sebahagian penghuni di bumi bersama-sama dengan manusia.
*'''Istilah''':
**Kata Tunggal : ''jinni''
**Jamak : ''jannun / jinnatun''

Umat [[islam]] mengakui kewujudan jin dan menyakini bahawa [[Allah]] mengutus [[Nabi Muhammad]] s.a.w kepada mereka. Menurut Imam al-Asy'ari dalam kitab ''Maqalat Ahlus Sunnah Wal-Jama'ah'', jin mampu merasuk ke dalam manusia.
'''Rujukan'''
* Surah al-baqarah : ayat 275
"Orang-orang yang makan (mengambil riba tidak dapat berdiri melainkan sperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila..."

Sungguhpun begitu, ada sesetengah orang sering sekali berkerjasama dengan jin dalam hal pembuatan [[azimat]] ataupun [[mantera]]-mantera walaupun bertentangan dengan keimanan dan menjurus kepada kemusyrikan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar